Selasa, 20 Mei 2014

Kata-kata Itu Doa.



Berkata seorang Salaful Soleh: Jika Allah SWT melorongkanmu kepada Ukhuwwah yang membantumu dalam kebaikan, yakinlah Allah SWT mahukan kebaikan kepadamu. 
Sumber:  (www.facebook.com

MURSYIDUL AM IKHWAN: "KAMI TOLAK KEGANASAN" 

Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Mohammad Badi'e yang hadir dalam perbicaraan mahkamah semalam berkata, gerakan Ikhwan Muslimin tidak pernah melakukan keganasan dan kekacauan sepanjang usia gerakan itu yang menjangkau 85 tahun. 

Beliau diberikan peluang untuk membela diri di hadapan panel hakim Mahkamah Jenayah Syubra El-Kheimah yang berlangsung di Akademi Polis dihadapkan dengan tuduhan "mengganggu lalulintas jalanraya Qalyubiyah" bersama beberapa orang pemimpin Ikhwan yang lain. 

Menurut beliau yang sebelum ini berkhidmat sebagai pensyarah universiti berkata, gerakan Ikhwan ini sejak awal lagi telah menyertai penentangan terhadap Yahudi dalam tempoh beberapa tahun maka gerakan ini amat digeruni oleh Yahudi. 

"Saya sendiri bertugas selama 50 tahun di beberapa buah universiti di Mesir, tidak pernah saya terlibat dengan aktiviti keganasan walaupun sekadar lafaz." 

Beliau dibenarkan untuk keluar dari kandang jeriji besi untuk bercakap menggunakan pembesar suara di hadapan panel hakim, sambung beliau, "Kami tidak bekerjasama untuk dosa dan permusuhan sebaliknya kami bekerjasama untuk kebaikan dan taqwa. Mursyidul Am kedua Ikhwan Muslimin Hasan El-Hudhaibi rahimahullah telah mempersembahkan satu perkataan iaitu "Kita merupakan pendakwah, bukannya penghukum." 

Sebaik sahaja tamat ucapan Mursyidul Am, para tahanan politik lain, pasukan peguam dan anggota keluarga yang hadir melaungkan takbir dan memberikan temukan yang gemuruh. 

"Gerakan Ikhwan Muslimin sejak ditubuhkan 85 tahun lalu dengan sejarahnya tidak pernah menyeru kepada pertumpahan darah sepertimana tuduhan ke atas kami. Kami membantu agama Allah dengan penuh kebijaksanaan dan peringatan yang baik. 

Kami telah katakan dan akan sentiasa berkata bahawa kami membawa kebaikan untuk Mesir. Kami dituduh penjenayah. Kami tidak akan lupakan mereka yang dibunuh ketika sedang solat. Kami terpaksa menanggung kezaliman yang dilakukan oleh Mubarak sepanjang 15 tahun dengan proses mahkamah tentera yang zalim. Kami menuntut kebebasan buat Mesir, rakyatnya dan agamanya kerana ia amanah yang terpundak pada kami. Sesungguhnya Allah tidak meredhai kezaliman dan pengkhianatan itu. 

Kami tidak akan melupakan kepercayaan rakyat Mesir kepada kami tatkala mereka memberikan undi dalam setiap pilihanraya sebelum ini (Pilihanraya Parlimen dan Presiden) kerana rakyat merasai kebenaran kami." ujarnya. 

Saksikan video ucapan beliau: https://www.youtube.com/watch?v=s8Vqh_giBJQ 

شهادة مرشد الاخوان محمد بديع في قضية قطع الطريق

Sumber: www.facebook.com (Akhukum Abdul Malik)
Sumber: www.facebook.com (Dairishare)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan