Ahad, 25 Mei 2014

Bila Bakal Muslimah berdakwah di halaman Perempuan Muslim Yang Berpakaian Tetapi Telanjang.

Pelakon wanita muslimah pakai seksi, tp pelakon wanita non Muslim pakai sopan, memalukan Islam je pelakon muslimah nih. ..

Acara berprestij yang ditunggu-tunggu iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 telah berlangsung dengan jayanya malam tadi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Menampilkan beberapa kejutan dalam keputusan senarai pemenang anugerah, acara karpet merah juga turut ada kejutannya tersendiri. 

Antara yang paling menarik perhatian peminat ialah penampilan eksklusif bekas model seksi Malaysia, Felixia Yeap yang amat anggun dan menenggelamkan penampilan seksi artis-artis lain. 

Felixia Yeap dengan bersahaja menggayakan tudung labuh dan baju kurung longgar yang cantik sehingga wanita berusia 27 tahun itu kelihatan seperti seorang muslimah. Menerusi laman sosial facebook, ramai peminat memuji beliau dan menyindir artis lain yang mengenakan pakaiaan seksi. 

Sumber:  http://abusyahirah.blogspot.com/2014/05/pelakon-wanita-muslimah-pakai-seksi-tp.html
Ingat juga dan ambil berat:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan