Sumber: (https://www.facebook.com/photo.php - Sharifah Sofia Syed Rashid)
Masih
menunggu apa yang akan diperkatakan seterusnya. Penulisan di bawah
telah ditiadakan, tidak diketahui mengapa. Cuma sayangnya tidak terfikir
untuk disnap. Setakat ini gambar di atas adalah timeline teratas akaun
FB tersebut. Qada dan Qadar Allah SWT. Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan.
Ya aku lebih suka mereka semua masih hidup dalam keadaan selamat serta
sihat walafiat. Kuasa Allah SWT yang dapat menewaskan kejahatan. Allah
SWT Maha Pelindung. Amin Ya Rob.
Kita
sekarang ni bukan bicara bab politik. Kita berbicara bab MH370. So
sofia harap kita semua matang berfikitr dan tak kiralah kita ni parti
mana sekali pun walaupun berlainan politik tetapi di dlm menjaga
keselamatan negara dan di dlm kes MH370 yg hilangnya penuh misteri kita
mesti bersatu hati dan bergabung menentang segala anasir-anasir luar yg
jahat dan tak betul.
So sofia tadi dihubungi oleh keluarga MH370 dan
beberapa wartawan terkenal yg mengatakan laporan pesawat MH370
telah meletop diruang udara dan kesemua penumpang di dlmnya telah mati
adalah mengelirukan malah siap create story yg vietnam telah
membersihkan semua bangkai di laut china selatan bagi dikesan oleh
mana-mana negara yg menyertai misi SAR. Jika betullah apa yg dikatakan
oleh blogger tersebut sofia dan seluruh cabin crew Malaysia Airlines
membuat cabaran secara terbuka sila kemukakan satu bukti pun jadilah...
tak payah banyak malah yg boleh mengaitkan ianya telah meletop. Jika
laporan blogger tersebut tak betul ianya dianggap satu berita fitnah dan
dosa org memfitnah lebih teruk dari dosa org yg membunuh orang. Terdapat byk sgt fakta yg dikemukan salah dan mengelirukan termasuk
video dan gambar yg diattachkan. Korang semua boleh baca dan nilai.
Malah blogger ini sofia dan anak-anak kapal yg lain sifatkan ceritanya
amat menarik utk dibaca tetapi penyelidikan dan utk kita terima
bulat-bulat adalah satu yg membahaya dan tak masuk akal malah jika kita
tgk laporan pakar-pakar di dlm malaysia dan luar negeri termasuk
penyiasat sebulat suara mengatakan belum lagi setakat ini ada satu
petanda dan bukti yg jelas menunjukkan pesawat MH370 terhempas dan tiada
satu serpihan atau apa jua pun ditemui yg boleh mengaitkan dgn MH370
termasuk kotak hitam. So Blogger tersebut haruslah menghentikan
penyebaran berita palsu dan fitnah tersebut. Harap maklum !!!! Sharifah Sofia Syed RashidHebatnya
permainan Yahudi. Kerana MH370 kita rakyat malaysia bergaduh sesama
sendiri.... Hanya yg berpendidikan, berilmu dan menjaga agamanya saja yg
dapat menilai baik buruk dan menjauhi segala bentuk fitnah ini.
Teruskan berdoa pada Allah s.w.t agar menggagalkan
rancangan Amerika dan sekutu-sekutunya dan tunjukkan jalan-jalan agar
dipermudahkan utk menemui kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370
dan berharap mereka semua selamat dan sihat walafiat. Sharifah Sofia Syed RashidBerbeza
pendapat tidak mengapa. sofia cool aje.. tetapi mengatakan pesawat
MH370 telah meletop dan kesemua penumpang di dlmnya telah mati tanpa
menyertakan bukti yg kukuh dan klu setakat teori. So sorrylah sofia tak
nak berdebat dgn org yg jahil mcm ni.
Jawapan Kehilangan MH370 dan kedudukan terkini dimana pesawat MH370 - Tunggu laporan berani mati yg semestinya panas dan laporan penuh
eksklusif tentang MH370 malam ini. Bersama penyiasat dan pakar-pakar
penerbangan dlm dan luar negeri disertakan dgn fakta dan bukannya teori
lagi. Bukan pengetahuan semua kesemua penumpang dan anak kapal MH370
masih hidup dan berada di dlm keadaan selamat . Segala berita serta
laporan " teori " yang mengatakan ianya terhempas di lautan China
mahupun di lautan hindi adalah tidak benar dan tidak betul. Harap Maklum
Sharifah Sofia Syed Rashidsorrylah
agak lambat sikit bagitau berita sebenar di wall ni sbb melayan berita
palsu yg dicipta oleh seorang hamba Allah ini. Sedangkan penyiasat dan
seluruh pakar-pakar penerbangan termasuk negara-negara yg menyertai SAR
mendapati peswat MH370 tidak terhempas
tetapi ada satu blogger ni yg sofia tak perlu dedahkan siapa dia dgn
teori yg agak lucu dan tak masuk akal mengatakan pesawat MH370 dah
meletup diruang udara laut china selatan. Klu setakat ckp sembang tanpa
bukti yg kukuh baik tak payah buat laporan tu. Malah menuduh kesemua
penumpang yg berada di dlm pesawat tersebut telah mati tanpa ada
sebarang bukti boleh mendedahkan kpd fitnah dn hukumnya " Berdosa besar "
. kalau berani buat facebook sendiri dan dedahkan identiti anda pada
semua rakyat Malaysia barulah dikatakan gentlement malh sofia dan
seluruh anak-anak kapal mencabar secara terbuka blogger tersebut
tunjukkan atleast bukti MH370 telah meletop dan tunjukkan bukti kpd
seluruh rakyat Malaysia siapa identiti anda sebenarnya !!!! Tlh jgn
perbodohkan rakyat Malaysia dgn teori2x bodoh anda malah sofia dah pun
forwardkan artikel yg anda tuliskan pada pakar-pakar penerbangan dan
wartawan dan majoriti komen tak masuk akal dan ini satu punulisan
provokasi dan tak betul !!!!
Baru tadi penyiasat pengesahkan
bahawa tiada satu petanda pun yg menunjukkan pesawat MH370 terhempas di lautan
hindi atau mana-mana tempat di dunia ini.
Berita ini pun telah pun disahkan
oleh pasukan yg menyertai SAR dan media-media rasmi telah diarahkan untuk tidak
menyiarkan berita ini. Walaubagaimanapun terdapat media-media alternatif yg
menyiarkan berita ini.
Manakala gambar di bawah diambil
sempena solat hajat khas MH370 agar Allah s.w.t selamatkan kesemua yg berada di
dlm pesawat tersebut.
Sharifah Sofia Syed Rashid dan anak-anak kapal
ingin mengucapkan selamat pulang bercuti ke Malaysia kepada semua
pelajar-pelajar Malaysia di luar negeri dan selamat mengikuti perjalanan cerita
MH370 di wall fb ini.
Sokongan anda semua dialu-alukan dan
diucapkan jutaan terima kasih agar berita MH370 ini terus berada di hati setiap
rakyat Malaysia sehinggalah berita penemuan kesemua penumpang MH370
diumumkan.
May 28 - Ini ada satu laporan terbaru yang baru diterima ttg MH370:
Kata dua telah diberikan:- Bunuh ataupun bebaskan saja kesemua
penumpang dan anak kapal MH370 setelah segala rundingan gagal disepakati
dan tiada satu formula yg berkesan utk merancang pesawat MH370
terhempas bagi menyakinkan dunia.
Tu laporan terkini yg dilaporkan oleh
beberapa penyiasat. Tidak diketahui cara dan bagaimana kesemua penumpang
dan anak kapal MH370 dibebaskan.
Apakah akan ada lagi satu teori yg
bakal dicipta utk menyakinkan dunia bahawa pesawat MH370 melakukan
pendaratan cemas di sebuah pulau terpencil dan menyebabkan mereka semua
terputus hubungan.
Kita tunggu dan lihat perkembangannya dlm beberapa
hari ini. Teruskan berdoa pada Allah s.w.t agar menggagalkan rancangan
jahat Amerika dan sekutu-sekutunya. Allahuakbar !!!!
May 23 Susulan daripada kenyataan bekas PM Malaysia iaitu Dr. Mahathir bin Mohamad
yg mengatakan ada seseorang menyembunyikan sesuatu telah mendapat
respon yg banyak dari pakar-pakar penerbangan dlm dan luar negeri
termasuklah penyiasat maka salah seoarang pegawai tertingginya yg enggan
dikenali berkata pesawat Boieng 777-200ER MH370 sebenarnya tidak
terhempas sebaliknya telah selamat mendarat tetapi enggan mendedahkan
lokasi sebenar MH370 berada.
Perkembangan Terkini dan beberapa laporan panas tentang pesawat MH370:
Nilah foto satelit pesawat MH370 yg berjaya dikesan menuju ke landasan
ketenteraan Amerika di Diego Garcia. Ikuti laporan penuh ekslusif dari
penyiasat dan pakar-pakar penerbangan punca sebenar MH370 hilang dan
sebagainya di bawah ini :-
Alhamdulillah. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda
Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam serta seluruh Itrah Ahli
Baitnya dari awal dan akhir. Semoga dengan mereka kita mendapat lebih
banyak ilmu dan akan menerima payung syafaat Baginda Rasulullah di hari
akhirat kelak, insyaALLAH.
"Wamakaru WamakaraALLAH, WALLAHu Khairul Maakirin. Dan mereka
melaksanakan rencana dan ALLAH juga merencana, dan perencanaan ALLAH
itulah sebaik-baik perencanaan." QS Ali Imrah: 54.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
inayatNYA, saya berjaya juga menyiapkan artikel "Grand Finale" ini
disini pada malam ini, iaitu tepat jam 2.58 pagi waktu Malaysia
diteratak saya tempat saya sering berfikir dan menganalisa. Setelah
lebih 20 hari saya meneliti dan menganalisa, akhirnya saya temui jawapan
mengenai misteri MH370 ini. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran
kepada ALLAH SWT kerana, daripada DIA jualah saya mendapat ilham dan
juga jalan untuk menyelesaikan misi pencarian saya mengenai MH370 ini.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam misi
saya ini dan kepada semua yang pernah bersama saya sepanjang saya
mencari jawapan tentang MH370 ini, SYABAS dan TAHNIAH saya ucapkan
kepada anda semua kerana telah menjadi sebahagian daripada sejarah
negara. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pembaca yang
setia menanti artikel saya ini diterbitkan. Terima kasih tak terhingga
kepada semua authorized person yang telah banyak membantu saya dalam misi saya.
Akhirnya, selesai juga artikel saya tentang MH370. Semoga dengan
tertutupnya cerita ini di blog saya dapat merungkaikan kesulitan dan
juga keanehan yang terjadi sepanjang hilangnya MH370. Untuk makluman,
saya telah menganalisa hampir kesemua berita semasa daripada 9 Mac 2014
sehingga semalam (29 Mei 2014), iaitu lebih kurang selama 81 hari. Saya
telah meneliti hampir kesemua teori dan juga rumours berkenaan
MH370 termasuklah hal Diego Garcia, Kazakhstan, Mongolia, teori Philips
Wood, teori berpatah balik, teori rampasan, teori teroris, dan pelbagai
lagi yang tak dapat saya nyatakan kesemuanya disini.
Sejujurnya, pada 27 Mac 2014 lagi jawapan sudah ada, namun tidak dapat
diterbitkan atas beberapa sebab. Akhirnya, selepas rasa bersalah saya
menyimpan kebenaran daripada pengetahuan orang membuak-buak, maka pada
malam ini terbitlah artikel terakhir ini sebagai menutup kesemua teori
dan juga kajian yang telah saya lakukan. Saya amat berharap artikel ini
mendapat perhatian dunia baik rakyat biasa waima pihak berwajib. Saya
yakin, ramai yang sudah tahu perkara yang sama dengan yang saya
bentangkan ini, namun tidak ada yang bersuara dengan menulis artikel
panjang lebar seperti ini.
Saya berharap, setelah anda semua membacanya, sebarkanlah agar lebih
ramai yang tahu mengenai misteri ini dan supaya ia tidak ditutup begitu
sahaja ditelan masa dan waktu. Saya amat berharap agar MH370 ini
dibongkarkan juga dimedia massa dengan mana-mana pihak berwajib tampil
untuk menunjukkan bukti bergambarnya.
Saya memohon maaf kerana TIADA bukti bergambar mengenai MH370 yang dapat
saya paparkan dalam artikel ini kecuali bukti bertulis dan juga bukti
yang saya dapat melalui cross-referencing.
Tanpa melengahkan masa, ayuh sama-sama kita baca artikel tergempar ini...
Selamat menelaah. Semoga beroleh jawapan !
MH370: Grand Finale
*Artikel ini ditulis berdasarkan penelitian dan juga pemerhatian oleh Brado Kapak sendiri dan team members nya
selama lebih 40 hari. Sila baca dengan tenang untuk mengelakkan anda
menjadi keliru. Ini artikel terakhir berkenaan MH370 oleh Brado Kapak.
Sekiranya ia tepat, maka ia hanya kebetulan sahaja. Sekiranya ia tidak
benar, maka ia berpunca dari kelemahan kami menganalisa dan meneliti.
Bacalah dengan hati yang terbuka....
1. Pada 8 Mac 2014, sebuah pesawat kepunyaan MAS Airlines, Boeing
777-200ER penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur International Airport
(KLIA) menuju ke Beijing telah dilaporkan hilang daripada radar. Pesawat
ini disahkan hilang oleh menara kawalan pada sekitar jam 8 pagi hari
yang sama sedangkan ping radar terakhir yang dikesan adalah pada jam
2.37 pagi waktu Malaysia.
2. MH370 menghantar isyarat komunikasi kepada Air Traffic Control (ATC)
menara kawalan di KLIA ialah pada jam 1.19 pagi waktu Malaysia. Sila
rujuk gambar ini.
Manakala MH370 telahpun melakukan 'handshake' dengan Vietnam melalui
Immarsat dan menghubungi menara kawalan udara bandar Ho Chi Minh City
adalah pada sekitar jam 1.16 pagi waktu Malaysia. Ketika itu MH370
sedang memasuki perairan Vietnam.
3. Itu adalah laporan terakhir MH370 yang berjaya dicatatkan dalam
mana-mana media antarabangsa. Selepas itu tiada lagi laporan isyarat
komunikasi antara MH370 dengan mana-mana menara kawalan udara atau
dengan mana-mana radar. Hanya ping radar terakhir yang berjaya dikesan
adalah sekitar jam 2.37 pagi sahaja. Rujuk gambar ini untuk melihat data radar terakhir pesawat. Abaikan kesilapan PM dan AM yang tertera pada gambar tersebut. Artikel ini
telah mengesahkan bahawa komunikasi radar terakhir dengan MH370 adalah
sekitar jam 2.30 ke atas, iaitu lebih kurang jam 2.40 atau 2.50 pagi
waktu Malaysia.
4. Sekitar jam 2.50 pagi waktu Malaysia, MH370 sudah tidak lagi
menghantar ping kepada radar dan data radar mengesahkan bahawa pesawat
telah turun menjunah kepada satu ketinggian yang tidak dapat dikesan
radar.
5. Saya sifatkan sebenarnya, pada ketika itulah MH370 sudahpun jatuh
tenggelam ke dasar lautan. Iaitu kira-kira beberapa minit sebelum jam 3
pagi.
6. Satu letupan kecil telahpun berlaku diudara yang mengakibatkan kokpit
pesawat terputus hubungan dengan mana-mana menara radar terdekat dan
kesemua sambungan elektronik dalam badan pesawat terputus. Rujuk artikel
ini dan ini.
7. Saya tidak tahu bagaimana letupan itu terjadi dan mengapa pesawat
masih terus terbang dalam tempoh beberapa minit sebelum ia terhempas.
Perlu diingatkan, kesemua pesawat Boeing sebenarnya mempunyai satu
sistem kawalan jarak jauh yang boleh dikawal oleh pusat kawalan pesawat
Boeing yang berada di luar negara. Rujuk artikel ini dan ini untuk
mengesahkan bahawa kesemua pesawat Boeing telahpun dipasang dengan satu
sistem kawalan jarak jauh bertujuan kononnya untuk mengelakkan sebarang
tindakan terorisme atau rampasan kapal.
8. Saya sifatkan sebenarnya pemasangan sistem ini bertujuan bukanlah
untuk mengalihkan atau mengelakkan terorisme dan rampasan kapal
semata-mata, namun ia boleh berdwi-fungsi iaitu melaksanakan arahan dari
orang tertentu demi kepentingan tertentu. Contoh paling mudah adalah
MH370.
9. Berdasarkan artikel ini,
mereka telah mendengar satu dentuman yang kuat di udara pada sekitar
jam 1.30 pagi ke atas waktu Malaysia namun tidak melihat apa-apa di
udara. Mereka hanya melihat cahaya putih dan juga lampu kuning sekitar
jam 2.30 pagi ke atas waktu Malaysia.
10. Saya telah meneliti dan menganalisa hampir kesemua berita, rumours, diversi
informasi, info risikan, sumber-sumber tertutup, data-data bertulis dan
juga pelbagai gambar sebelum menulis artikel ini.
11. Berdasarkan penelitian dan juga penganalisaan saya, MH370 telahpun
diletupkan diudara yang mana ia telah mengakibatkan kokpit dalam pesawat
malfunction ataupun failure dan pesawat telah dikawal dari jarak jauh dengan menghalakannya ke arah Laut China Selatan dalam perairan Spratly.
12. Berdasarkan penelitian dan juga penganalisaan saya, MH370 telahpun
jatuh dalam kawasan bulatan merah (rujuk gambar bawah, abaikan kesilapan
ejaan yang terjadi).
(Klik gambar untuk perbesar imej)
13. Gambar di atas adalah gambar yang saya sendiri tandakannya
berdasarkan pemerhatian dan juga penelitian saya. MH370 telahpun jatuh
tenggelam dalam kawasan bertanda bulatan merah di dalam perairan 3 buah
negara, iaitu Vietnam, Filipina dan juga Malaysia.
14. MH370 TIDAK boleh terhempas dalam perairan China kerana pesawat
tersebut sedang membawa kargo berharga yang hendak dihantar ke China
melalui lapangan terbang Beijing.
15. Penerbangan MH370 sebenarnya telahpun dirancang awal dan tarikh
penerbangan serta rampasan yang terjadi pun telah dilakukan dengan
teliti.
16. Saya sifatkan rampasan MH370 bukan bersifat terorisme atau rampasan
hendak berebutkan harta. Pada saya, rampasan tersebut adalah bagi
menghalang negara kuasa besar daripada memperluaskan kekuasaannya dan
kargo di dalam MH370 harus disekat daripada terus dihantar kepada China.
17. Sebelum saya terlupa, sekitar jam 1.30 pagi, MH370 telahpun menutup
sambungan isyarat komunikasinya dengan menara kawalan udara di KLIA dan
TIADA isyarat komunikasi daripada MH370 yang berjaya dirakamkan selepas
jam 1.30 pagi. Rujuk artikel ini untuk pengesahan.
18. Untuk makluman semua, Kapten Zaharie, pilot MH370 adalah merupakan
orang pertama yang pernah membawa pesawat Boeing 777 daripada Malaysia
menuju ke Afghanistan. Rujuk artikel ini dan ini.
Penerbangan itu juga merupakan penerbangan pertama di dunia yang
merentasi pergunungan besar dalam wilayah Afghanistan. Ketika itu kalau
tidak silap saya, Kapten Zahari terbang ke sana dengan membawa kargo
yang sama dengan kargo di dalam MH370. (Apakah isi kargo itu?)
19. Namun, TIADA satupun media yang berani melaporkan, apakah dan
mengapakah penerbangan itu dilakukan oleh Malaysia ke Afghanistan???
20. Untuk makluman semua, menurut maklumat risikan saya, Kapten Zaharie
pernah mengikuti satu misi ke Afghanistan lama dahulu dalam membantu
para Mujahidin di Afghanistan berperang disana.
21. Kapten Zaharie mempunyai hubungan dengan para pejuang
Afghanistan walaupun dia sudah lama tidak ke sana dan telahpun
berkhidmat dengan MAS Airlines selama lebih 20 tahun.
22. Sila betulkan informasi ini sekiranya saya salah mencatatkan datanya.
23. Untuk makluman semua, selepas saya melakukan banyak analisa, MH370
membawa satu khazanah berharga yang disimpan di dalam sebuah kargo yang
besar.
24. Maklumat berkenaan khazanah tersebut telahpun saya dedahkan dalam banyak artikel saya yang terdahulu. Sila rujuk ini dan ini.
25. Khazanah tersebut sebenarnya adalah Drone Command and Controller
(CNC) milik sebuah negara kuasa besar yang telah ditembak jatuh di
Afghanistan.
26. Sebanyak 8 buah Drone milik negara kuasa besar tersebut telah
ditembak jatuh dan beberapa alat CNCnya telahpun dirampas oleh para
pejuang Mujahidin Afghanistan. Maafkan saya, kerana tidak ingat pada
tahun berapakah Drone tersebut ditembak jatuh, kalau tidak silap saya
iaitu pada tahun 2006.
27. Alat tersebut telahpun dibongkar dan dibuka satu persatu komponennya untuk tujuan penelitian dan juga pengubahsuaian.
28. Menurut data risikan, alat tersebut hendak dijual kepada negara-negara jiran namun tiada buyer yang
sanggup membelinya. Pihak Afghanistan hendak menjual kepada Russia
namun, memandangkan Afghanistan pernah berperang lama dengan Russia pada
tahun 70-an dahulu, maka mereka telah menjualnya kepada negara China.
29. Presicous Cargo yang dibawa di dalam MH370 telahpun diangkut berulang kali dari Afghanistan menuju ke Malaysia sebelum ia terbang ke China.
(Klik gambar untuk perbesar. Ini data softcopy mengenai precious cargo tersebut)
(Ini pula ayat daripada orang yang mendedahkan informasi ini kepada saya)
30. Saya tidak ingat berapa jumlah kesemua CNC dan juga Drone yang telah
dijual oleh Afghanistan kepada China dan berapakah jumlah tepat CNC dan
Drone yang berada di dalam MH370.
31. Apapun, itu tidak penting. Yang perlu kita ketahui disini
sebenarnya, kehilangan MH370 BUKAN disebabkan oleh rampasan pemberontak,
pengganas, berpatah balik, tenggelam di lautan Hindi, dan apa jua karut
marut yang sengaja disebarkan bagi mengalih perhatian dunia daripada
memfokuskan terhadap isu utama MH370 ini hilang.
32. Isu utama MH370 hilang adalah...
a. Mengapa pesawat itu hilang dan langsung tidak dapat dikesan oleh
mana-mana menara kawalan waima pusat kawalan Boeing, Rolls-Royce, Joint
Agency Coordination Center (JACC) dan juga Immarsat??
b. Apakah kargo yang dibawa di dalam MH370 yang sengaja disembunyikan oleh pihak MAS dan juga Boeing??
c. Siapakah 4 orang billionair yang terdapat di dalam MH370 dan mengapa
mereka menaiki pesawat tersebut dan tidak menaiki jet peribadi sendiri?
d. Mengapa pihak Boeing, Rolls-Royce berdiam diri dalam isu ini
sedangkan Amerika Syarikat adalah negara yang paling kecoh mahu membantu
Malaysia??
e. Mengapakah Vietnam dan Filipina sangat mendiamkan diri pada awal MH370 hilang??
f. Mengapakah media antarabangsa menyatakan MH370 berakhir di Lautan
Hindi namun TIADA satupun yang memfokuskan bagaimana dan mengapa ia
jatuh di Lautan Hindi?
33. Ini jawapan saya berdasarkan analisa fakta yang saya lakukan...
a. Pesawat itu TIDAK terputus hubungan dengan Boeing, Rolls-Royce dan
juga JACC serta Immarsat sehinggalah pesawat itu tenggelam di Laut China
Selatan dalam perairan Spratly. Buktinya, JACC telahpun mengesahkan
bahawa ping di Lautan Hindi adalah TIDAK BENAR. Rujuk disini.
b. Kargo yang dibawa di dalam MH370 sebenarnya adalah alat perang yang
berkualiti tinggi milik Amerika Syarikat yang telah dirampas oleh
Mujahidin Afghanistan. TIADA manggis daripada Muar di dalam MH370. Saya
telah ke Muar dan disana tak banyak pun manggis berbuah ketika itu. Hal
ini telah disahkan oleh berita ini dan gambar ini.
c. Empat orang Billionaire daripada China itu sebenarnya adalah pemilik
syarikat mengelola alatan teknikal untuk negara China dan merekalah
pembeli alat CNC tersebut yang telah ditransitkan di Malaysia. Mengapa
ditransitkan di negara kita? Jawapannya dibawah.
d. Pihak Boeing, Rolls-Royce dan seangkatan dengannya saya sifatkan
sebagai terlibat secara langsung dan juga tidak langsung untuk mencipta
suasana vanish dalam kehilangan MH370. Mereka juga terlibat dalam
mengalih perhatian dunia dan juga mengubah laluan MH370 daripada jatuh
ditengah-tengah bandar Ho Chi Minh City.
e. Vietnam dan Filipina telah menjadi negara bertindak dalam
menghapuskan bukti MH370 di perairan yang saya tandakan merah dalam gambar ini.
Bulatan merah itu sebenarnya adalah radius keluasan bangkai dan juga
serpihan MH370 berselerak yang mana pihak kedua-dua negara ini telahpun
mengawalnya lebih awal sebelum MH370 hilang. Jawapan lebih lengkap
dibawah.
f. Media antarabangsa telah diarahkan berpandukan dengan kenyataan media
oleh Dato Seri Hishamuddin dan juga Dato Seri Najib Razak. Rujuk artikel ini dan ini pada point ke-14.
34. Ada banyak persoalan yang akan dikemukakan apabila bercerita
mengenai MH370. Antara yang paling kerap ditanya kepada saya adalah,
"Apakah nasib mangsa dalam MH370?"
35. Jawapan saya berdasarkan analisa fakta dan juga cross-referencing yang saya buat, kesemua mereka sudah TIADA.
36. Hal ini berpandukan dengan teori mudah saya, "Siapakah yang sanggup
memberi makan 239 orang selama lebih 80 hari dan menjaga kesemua
mereka???" dan juga teori ini, "Untuk menjaga 239 orang memerlukan
tenaga manusia yang besar dan TAKKAN kesemua mereka tidak pernah membuka
mulut selama ini sedangkan kita dizaman informasi serba boleh, hampir
semua orang ada smartphone!" dan juga teori ini, "Ada ke lokasi yang
sesuai menempatkan tebusan seramai 239 orang dan kalau mereka masih
hidup, MENGAPA TIADA DEMAND DARIPADA PERAMPAS???"
37. Saya sifatkan ura-ura mengatakan penumpang masih hidup sebenarnya
adalah jalan untuk menenangkan keadaan dan juga mengelak daripada
soalan, "Kalau dah mati, mana mayatnya???"
38. Saya memohon berjuta-juta kemaafan seandainya saya salah dalam
menyatakan nasib mangsa. Sekiranya tiba-tiba satu masa nanti mereka
pulang ke rumah dalam keadaan baik, maka bersyukurlah kerana mereka
masih hidup dan berterima kasihlah kepada Tuhan kerana artikel saya ini
kurang tepat dalam analisanya. Sekiranya memang benar mereka telah
disahkan tiada oleh pihak berwajib, maka bersabarlah sesungguhnya ini
ujian dan dugaan bagi kalian. Al-Fatihah buat mangsa yang berugama
Islam....
39. Ramai yang bertanyakan mengenai Diego Garcia. Saya nafikan dengan
keras MH370 disembunyikan di sana. MH370 langsung TIDAK mendarat di
sana. Sila rujuk artikel ini yang ditulis oleh rakan saya, Shah Paskal. Rujuk aritkel ini
juga untuk penafian tentang seorang penumpang MH370 yang kononnya masih
hidup di Diego Garcia dan sempat membuat panggilan telefon daripada
sana menggunakan iPhone miliknya yang disimpan dalam spendernya. Teori
yang amat karut.
40. Jadi, dimanakah sebenarnya lokasi MH370 sedang berada???????????????
41. Bangkai MH370 telahpun dibersihkan lama dahulu iaitu seawal jam 3 pagi waktu tempatan!!!!
42. Ini berdasarkan kaji selidik saya, banyak informasi telahpun
mengesahkan bahawa MH370 telahpun jatuh diperairan Laut China Selatan
dalam perairan 3 buah negara, Malaysia, Vietnam dan juga Filipina.
43. Sila rujuk artikel ini dan juga gambar dibawah. MH370 telahpun disahkan jatuh oleh pihak Vietnam, namun setelah shake hand dan
berbagai siri rundingan antara Malaysia, Vietnam, Filipina dan juga
Amerika Syarikat, maka MH370 telah dinafikan terhempas sebaliknya
dinyatakan telah berpatah balik dan menghala ke arah Lautan Hindi.
(Lihat tarikh itu, 8 Mac 2014 jam 12.40 tengah hari!!!!! Hanya sekitar 4
jam setelah MH370
disahkan hilang oleh Dato Seri Hishamuddin pada jam 8
pagi, 8 Mac 2014!)
44. Mengapa hal ini terjadi?? Kerana, pihak Amerika Syarikat (US) tidak
mahu Search And Rescue (SAR) dilakukan dalam radius lokasi MH370 hilang
dan pihak US tidak mahu China menjumpai bangkai pesawat tersebut
sekaligus boleh melengahkan cerita MH370 daripada terbongkar!
45. Saya pernah menjelaskan hal ini dalam artikel ini,
dan kini saya sekali lagi memberikan penjelasan anda. Di dalam artikel
tersebut saya dengan yakin dan pasti menyatakan MH370 masih berada di
lokasi perairan Laut Chian Selatan kerana, pada ketika tarikh artikel
tersebut ditulis, SAR baru sahaja dipindahkan ke Lautan Hindi. Sekaligus
ini mengesahkan bahawa masih ada debris dan juga serpihan pesawat yang
masih belum dibersihkan daripada perairan tersebut dan pihak tiga buah
negara terlibat tersebut risau jika masih ada serpihan yang ditemui oleh
para SAR atau nelayan dan orang awam. Maka kerana itu mereka harus
melakukan drama dan mengalihkan SAR ke Selatan dan ke Lautan Hindi.
Berbagai teorilah harus dibangkitkan.
46. MH370 telah jatuh sekitar jam 2.40 ke 2.50 pagi dimana ketika itu
komunikasi terakhir telahpun dicatatkan dan direkodkan, sesuai dengan
laporan berita ini dan juga gambar ini.
Ketika itu, MH370 telahpun selamat bersemadi di Laut China Selatan
dalam perairan Vietnam dan Filipina yang bercantum dengan perairan
Malaysia yang mana penghubungnya adalah Kepulauan Spratly. Rujuk gambar ini sebagai panduan. Rujuk artikel ini dan gambar ini tentang perebutan kepulauan Spratly antara China, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei.
47. Bulatan merah menunjukkan radius perairan yang dikawal oleh Vietnam
dan juga Filipina. MH370 TIDAK boleh jatuh dalam radius perairan yang
dikawal oleh China bagi mengelakkan MH370 ditemui oleh China. Alangkah
ruginya US sekiranya China berjaya mengesan MH370 dan membawa naik ke
darat sekaligus berjaya mendapatkan CNC yang ada di dalam kargo berharga
tersebut. Ketika misi membersihkan bahan bukti itu jugalah, pihak
Vietnam ada melepaskan tembakan amaran kepada pihak China diperairan
mereka sebagai tanda marahnya mereka agar China tidak mengganggu radius perimiter fencing yang telah mereka buat. Saya juga menyifatkan bahawa bulatan merah itu adalah radius perimeter fencing yang telah dibuat oleh pihak Vietnam dan Filipina bagi persediaan untuk membersihkan bahan bukti. Sila rujuk artikel ini untuk memahami berkenaan perimeter fencing.
48. Vietnam merupakan negara yang paling senyap selepas 8 Mac 2014.
Kerana pihak mereka telah disuruh berdiam diri agar tidak ada apa-apa
informasi yang terdedah. Bagaimanapun, masih ada beberapa informasi yang
terdedah namun telah berjaya ditutup oleh media massa dengan
tersebarnya pelbagai teori yang direkacipta bagi mengalih perhatian
dunia. Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui kaitan antara Vietnam dan Filipina menentang China.
49. Sila rujuk artikel ini.
Di dalam artikel tersebut, ada banyak info mengenai situasi sebenar
yang berlaku dalam MH370. Sebenarnya, kisah hilangnya MH370 yang benar
telahpun tersebar lama, namun ia dipecahkan kepada banyak info agar
orang awam tidak mengetahuinya. Okay mari saya jelaskan.
50. Berdasarkan analisa saya, MH370 TIDAK berpatah balik dan tidak
mendarat di Nanning sebagaimana dakwaan dalam artikel tersebut. Dakwaan
itu hanya penyedap cerita dan tokok tambah sahaja.
51. Menurut pengesahan rakan saya, memang ada ejen risik di dalam MH370
seramai 3 orang terdiri daripada 2 orang ejen risik mata helang dan satu
orang ejen risik 'Komited Gosudarvetoyt'.
52. Saya boleh menyatakan XXX sebagai ejen risikan negara mata helang,
YYY adalah merujuk kepada negara jiran kita, Vietnam dan ZZZ merujuk
kepada negara Filipina.
53. Jalan ceritanya agak berterabur. Namun, point utamanya adalah,
pesawat tersebut telah membawa satu kargo berharga yang mana jika ia
jatuh ketangan China, maka pihak XXX boleh melancarkan perang dunia.
Maka, YYY dan ZZZ telahpun diarahkan untuk mengikuti arahan negara XXX
dan apabila tiba saat dan masanya MH370 terhempas, maka YYY dan ZZZ
harus membersihkan debris dan sisa hempasan tersebut secepat mungkin
sebelum SAR dilancarkan.
54. Mujur juga SAR dilancarkan agak lewat, maka ia memberi kelebihan
kepada ketenteraan dua buah negara tersebut melaksanakan pembersihan.
55. Dalam dunia ini, hanya ada satu SAHAJA badan berorganisasi yang
paling kuat tutup mulut dan tidak pecah amanah, iaitu Tentera serta
Risikan.
56. Maka, pihak yang seharusnya menjalankan misi membersihkan bangkai dan juga bekas MH370 haruslah pihak tentera.
57. Mengapa saya katakan MH370 jatuh tepat di antara perairan Vietnam dan juga Filipina?
58. Sila rujuk artikel ini.
Di dalam artikel tersebut, sebenarnya saya telah menuliskan beberapa
perkara utama dan penting dalam sesuatu misi besar yang hendak
dilaksanakan.
59. Sesebuah ejen perisikan itu seharusnya mahir dalam mengira masa dan
waktu. Mereka telah meletakkan jangka masa jatuhnya MH370 dan juga
jangka masa yang sepatutnya untuk mereka membersihkan bangkai dan sisa
MH370 sebelum orang ramai tiba di kawasan terbabit.
60. Maka, pihak yang menjalankan misi menggagalkan CNC daripada dihantar
ke China telahpun memberikan laporan kepada pihak pusat kawalannya agar
mengarahkan pihak Boeing atau Rolls-Royce atau sesiapa sahaja yang
boleh mengawal sebuah Boeing 777-200ER dari jarak jauh untuk melakukan
lencongan pesawat tersebut tanpa dapat dikawal oleh pilot dan co-pilot.
61. Mengapa tiada apa-apa hubungan komunikasi antara pilot dan co-pilot antara jam 1.19 dan jam 2.30 pagi??
62. Kerana, setelah komunikasi terakhir itulah, sebuah bom jangka
telahpun diletupkan, atau dalam erti kata lain, jangka penggera telah
tamat berputar dan ia mengakibatkan keseluruhan sistem dalam MH370 failure dan tidak dapat dikawal oleh pilot waima co-pilot.
63. Saya tidak mensifatkan bom jangka itu sebagai sebuah bom yang boleh detonate tetapi
ia boleh jadi berlaku dari menara kawalan Boeing atau Rolls-Royce.
Pihak mereka mematikan kesemua sistem dalaman pesawat dan telah memandu
dan mengawal pesawat daripada jauh sebelum menghempaskannya.
64. Apa sebab-sebab pesawat terhempas itu tidak dapat dipastikan
sehingga ada pihak yang mahu membuka mulut. Sama ada pihak Boeing atau
Rolls-Royce, mereka harus dan WAJIB menjawabnya, kerana hanya mereka
yang ada rekod tepat apa dan bagaimana enjin pesawat berhenti
berfungsi????
65. Kerana, pada sekitar jam 2.37, MH370 masih lagi menghantar ping
kepada Immarsat dan juga satelit, radar serta menara kawalan Boeing dan
Rolls-Royce.
66. MH370 merupakan sebuah pesawat bersaiz besar yang mana ia sentiasa
mempunyai hubungan dua hala dengan banyak menara kawalan termasuklah ATC,
Immarsat, menara kawalan Boeing dan juga Rolls-Royce. Boeing dan juga
Rolls-Royce, kedua-duanya berpusat kawalan di US.
67. B777-200ER merupakan sebuah pesawat yang boleh dikawal dari jarak
jauh. B777-200ER juga adalah sebuah pesawat yang paling canggih dalam
koleksi pesawat syarikat Boeing. B777-200ER ini juga memang sengaja
dipilih bagi memastikan semua rancangan ini berjalan dengan baik dan
lancar.
68. Sememangnya, syarikat Boeing dan juga Rolls-Royce harus dan WAJIB
dipertanggungjawabkan kerana HANYA mereka sahaja yang mempnyai akses
dengan kesemua data lengkap komunikasi dua hala antara MH370 dan kesemua
menara kawalan termasuk satelit. Boeing dan Rolls-Royce harus tampil
menjelaskan perkara sebenar dan TIDAK boleh berdiam diri.
69. Saya berani menyatakan, berdasarkan analisa fakta dan kesemua data
yang telah saya teliti termasuk pelbagai artikel yang telah saya baca,
bahawa pihak Boeing dan juga Rolls-Royce sedang menyembunyikan sesuatu
di mana ada KEMUNGKINAN yang besar, merekalah yang telah mengalihkan
laluan MH370 daripada trackpath sebenar kepada sebuah trackpath yang baru yang mana kalau mengikut trackpath sebenar, MH370 harus melintasi kota Ho Chi Minh City. Namun setelah trackpath diubah, maka MH370 didapati jatuh dalam perairan yang telah berulang kali saya sebutkan. Sila rujuk artikel ini
untuk menguatkan lagi analisa saya tentang Boeing dan Rolls-Royce.
Terima kasih kepada Tun kerana menjadi orang pertama berani bersuara
lantang mempertikaikan Boeing dan Rolls-Royce.
70. Anda juga boleh rujuk artikel ini dan juga gambar ini. Kemudian rujuk semula gambar ini bagaimana seseorang telah mengubah flight path atau trackpath MH370 kepada satu laluan baru. Anda juga boleh menonton video berikut sebagai tamban informasi....
MUST SEE !!! MH370 still availabe in radar
Diterbitkan pada 12 Mac 2014
Pasti ramai yang tidak percaya
sebenarnya MH370 masih berada di radar. Ya, walaupun semua media telah
memaklumkan ia lenyap di lautan dan kelihatan seperti berpatah balik,
tapi video ini menunjukkan sebaliknya.
71. Disini sudah jelas memang ada insiden menukar laluan MH370 yang
dilakukan oleh pihak yang tidak diketahui. Saya hanya beranggapan bahawa
penukaran laluan ini sebenarnya dibuat oleh salah satu pihak sahaja
yang telah saya sebutkan diatas yang mana orang yang mengubah laluan ini
telahpun mendapat arahan daripada seseorang yang bekerja untuk unit
risik sebuah negara mata helang.
72. MH370 telahpun berakhir di Laut China Selatan. Walaupun satu dunia
beranggapan ia berakhir di Lautan Hindi, namun saya tetap dengan
pendirian saya bahawa ia telahpun tamat di Laut China Selatan.
73. Pada 11 Mac 2014, keseluruhan SAR telah dipindahkan daripada
perairan Malaysia di Laut China Selatan ke Lautan Hindi. Hal ini
berlaku, agar para negara yang terlibat dalam SAR itu tidak memasuki
kawasan berbulatan merah di dalam gambar ini
agar mereka tidak menemui apa-apa debris dan juga bahan bukti yang
mungkin belum selesai dibersihkan oleh pihak Vietnam dan Filipina.
74. Untuk makluman semua, sejak akhir 2013, Vietnam sudah mula berani
bersuara dan menentang China secara terang-terangan. Padahal sebelum
ini, Vietnam merupakan sebuah sekutu besar dengan China yang mana mereka
mempunyai idealogi yang sama, iaitu Komunisme.
75. Menjadi persoalan saya, mengapakah Vietnam tiba-tiba berani bersuara lantang menentang China?? Rujuk artikel ini bagaimana Vietnam berani menentang China sekarang.
76. Jawapannya kerana US. Vietnam telahpun dibeli dan dipengaruhi oleh
US atas dasar-dasar ekonomi dan kemajuannya. Kerana itu juga, dalam isu
hilangnya MH370, Vietnam diperhati memihak kepada US bukannya kepada
China. Sedangkan, kandungan kargo dalam MH370 itu sedang menjadi rebutan
China dan US.
77. US tidak mahu kargo itu jatuh ketangan China yang mana kandungannya
adalah CNC dan Drone serta beberapa kargo berisi emas jongkong, yang
mana kesemua ini jika jatuh ke tangan China, maka ada potensi untuk
menjadikan China kuasa besar nombor satu dunia. Secara tidak langsung,
US akan kehilangan kuasanya dan menjadi lemah dibawah China. Pendedahan
berkenaan emas jongkong sila rujuk sini, sini, sini dan sini.
Kredit kepada Shah Paskal. Mohon maaf saya tak mahu ulas sangat pasal
emas dalam artikel ini kerana telah diulas panjang lebar sebelum ini.
78. Oleh kerana US TIDAK berani melancarkan perang secara zahir dengan
mengangkat senjata menembak China, begitu juga dengan China, maka mereka
telah melancarkan perang strategi dan juga perang teknologi.
79. Sehingga hari ini, satu dunia langsung TIDAK tahu apakah senjata
terhebat yang pernah dihasilkan oleh dua negara kuasa besar, China dan
Russia. Namun, satu dunia sudah tahu (dunia ketenteraan), bahawa US
telah mencipta 3 buah senjata termodennya yang lebih hebat daripada bom
nuklear dan juga atom.
80. Tiga senjata itu adalah HAARP, Particle Accelaration dan juga
Superstring. Superstring sahaja yang masih belum selesai pembikinan,
manakala ujikaji HAARP dan Particle Accelaration sudahpun selesai dan
mereka (US) berjaya dalam misi mereka mencipta alat tersebut. Buktinya,
anda boleh tonton filem Godzilla, X-Men yang terbaru tu dan juga
Transformers 3. Dalam ketiga-tiga filem tersebut, Hollywood telahpun
mementaskan ketiga-tiga senjata tersebut secara tidak anda sedari.
81. Untuk makluman, dalam filem Godzilla, sebuah senjata bernama Electro
Magnetic Pulse (EMP) telahpun digambarkan dan ia menjadi ancaman dunia.
Dalam banyak-banyak negara, ada satu negara di rantau Asia Tenggara
yang memiliki senjata EMP tersebut dan negara tersebut terlibat dalam
kehilangan MH370 ini.
82. Dan kerana perang teknologi, kuasa serta harta inilah, US tidak mahu precious cargo tersebut
jatuh ke tangan China. Jika ia jatuh ke tangan China, sudah pasti kuasa
US akan melemah. Jika China memperoleh CNC Controller tersebut, maka
dengan mudah kelemahan Drone US itu akan diketahui. Jika China berjaya
mendapat emas jongkong itu, maka China dengan mudah mampu membeli dengan
banyak apa yang mereka mahu. Hal ini ditakuti oleh mata helang.
83. Kerana itulah, MH370 harus dilenyapkan daripada mata dunia dan cerita disebaliknya harus disenyapkan dan ditutup media.
84. Mengapa pula Kapten Zaharie dipilih untuk membawa MH370?? Kerana, precious cargo yang
terdapat di dalamnya datangnya daripada Afghanistan yang mana cargo
yang sama telah dibawa dari Afghanistan ke Malaysia menggunakan pesawat
Airbus (data ini tidak dapat disahkan secara bertulis) beberapa bulan /
minggu sebelum MH370 mahu terbang ke China.
85. Pilotnya juga orang yang sama iaitu Kapten Zaharie, dan kargonya
juga sama. Billionaire China itu telah membeli senjata tersebut dari
Afghanistan dan ingin membawa pulang ke China. Kargo tersebut tidak
mungkin melintasi banyak negara yang ada merentasi laluan dari
Afghanistan ke China. Tiada penerbangan terus dari Afghanistan ke China.
Kerana itu, Malaysia harus menjadi tempat transit.
86. Kebetulan juga Malaysia adalah sebuah negara yang merupakan hab terrorist. Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui mengenai hab teroris di negara kita. Hal ini disahkan dan diakui dunia.
87. Apa sebab musabab Malaysia menjadi hab teroris? Salah satunya adalah
kerana negara kita adalah sebuah negara yang 'acuh tak acuh' dalam
sistem keselamatan dan kita dalam kategori negara yang 'sudah terhantuk
baru terngadah'. Sebab lain pula, Malaysia adalah "negara paling timur
dalam bumi". Kita merupakan TIMUR yang disebut-sebut dalam Hadis
Rasulullah SAWAW berkenaan, "Islam akan bangkit dari TIMUR".
88. Bagaimana hendak menjelaskan "Islam akan bangkit dari TIMUR" itu?
Bukan sekarang masanya. InsyaALLAH akan datang jika saya dipanjangkan
usia akan diceritakan dalam artikel yang lain pula. Sekarang kita harus
fokus kepada jalan cerita MH370 sahaja.
89. Okay, sekarang anda semua sudah faham kan bagaimana jalan cerita MH370 hilang?
90. MH370 terbang dari KLIA membawa precious cargo untuk dihantar
ke China. Mereka sengaja menggunakan pesawat komersil kerana bagi
mengelakkan kargo tersebut dijejaki oleh ejen perisik luar negara dan ia
juga perlu bagi memancing Kapten Zaharie menjadi pilotnya. Kalau
Billionaire China tu bawa kargo tu guna pesawat biasa, susah la Kapten
Zaharie nak pandu, takut bertembung dengan jadualnya. Lagipun, mana ada
orang syak kargo berharga dalam pesawat komersil yang membawa penumpang.
91. Kemudian, Kapten Zaharie telah dipanggil waktu terakhir untuk
membawa MH370. Ada satu penafian telah dibuat oleh pihak MAS bahawa
mereka tidak memanggil Kapten Zaharie saat akhir dan Kapten Zaharie
tidak bercuti ketika itu. Saya sifatkan hal ini sebenarnya, bukan pihak
MAS itu yang memanggil Kapten Zaharie, tetapi ada individu dalam MAS
atau luar MAS yang memanggilnya untuk menjadi juruterbang sekaligus
meluluskannya memandu MH370 walaupun hari tersebut dia sepatutnya
bercuti. Kapten Zaharie juga saya sifatkan telah dimaklumkan lebih awal
tentang penerbangan tersebut namun dia tidak tahu pada tarikh bila kargo
itu harus dihantar ke China. Kerana itu, hanya sehari sebelum MH370
hilang baru Kapten Zaharie mengosongkan rumahnya. Ini bukti daripada
analisa fakta saya. Anda boleh rujuk artikel ini. Baca juga artikel ini menceritakan bagaimana Kapten Zaharie seakan-akan tahu nyawanya mati tidak bertanda.
92. Sebelum MH370 terbang, perisik dari mata helang telahpun mengenal
pasti kargo tersebut akan dihantar ke China pada tarikh 8 Mac 2014
menggunakan pesawat MH370. Sudah pasti seorang ejen risik akan dapat
mengetahui informasi ini dengan mudah. Dalam ratusan orang yang
terlibat, sudah pasti ada seorang yang akan pecah mulut. Begitu juga
dengan rahsia MH370 ini, walaupun cuba ditutup rapat, namun setelah 82
hari akhirnya terbongkar juga.
93. Maka, MH370 pun terbang dengan jayanya pada malam tersebut tanpa ada
apa-apa kesangsian. Tidak diduga, sekitar jam 1.30 ke atas, MH370
telahpun diserang dengan 'bom jangka' yang saya tidak dapat pastikan
bagaimana situasinya. Sama ada benar-benar ada bom diletakkan di dalam
sebuah kotak kasut dan dipasang dibawah pintu kokpit atau tidak, itu
saya tidak dapat pastikannya sehingga ada pihak yang berani bersuara
mengenai "Bagaimana enjin MH370 berhenti berfungsi?". Sila rujuk gambar ini bagaimana seorang rakan saya menceritakan teorinya tentang bom jangka tersebut.
94. Namun, saya secara peribadinya mengatakan ada KEMUNGKINAN bukan bom
jangka dalam kotak kasut yang diletakkan dibawah pintu kokpit, namun ia
adalah kerja perisik tersebut dan juga dibantu oleh Boeing dan
Rolls-Royce yang mampu mengawal pesawat tersebut dari jauh. Namun,
menurut seorang rakan, TIADA perisik di dalam MH370 semasa penerbangan,
kerana perisik sudah cabut lari awal-awal keluar daripada pesawat
setelah meletakkan bom jangka ditempat tertentu. Kemudian, setelah bom
meletup dan kokpit pecah, maka sudah pasti pilot dan co-pilot tidak
dapat membuat apa-apa komunikasi setelah itu dan, pufffff..... MH370 dissappeared dan berubah haluan menghala ke lokasi yang saya nyatakan dalam bulatan merah di gambar ini.
95. Analogi yang saya rasakan mungkin lebih tepat, MH370 telah
diputuskan komunikasi oleh pihak Boeing dan Rolls-Royce daripada kesemua
radar dalam bumi ini kecuali radar mereka sahaja, dan mereka telah
mengubah laluan MH370 ke lokasi bulatan merah itu sebelum menjunamkannya
jatuh ke bawah. Hal ini amat berkait rapat dengan sistem auto-pilot,
sila rujuk artikel Tun M untuk memahaminya.
96. Sejauh mana kesemua analogi ini tepat atau tidak, itu saya tidak
pasti. Anda sendiri boleh menanti sehingga ada pihak yang berani
bersuara mendedahkan perkara sebenar yang terjadi. Jika tidak ada
apa-apa pendedahan, maka anda ada dua pilihan. Sama ada mempercayai
cerita ini atau tidak. Itu terpulang kepada anda.
97. Maka, kesemua penumpang dalam MH370 telahpun pergi meninggalkan kita
semua ketika saat MH370 terjunam jatuh. Dan kesemua mereka masih lagi
terikat di tempat duduk masing-masing seperti normal namun sudah tidak
bernyawa. Al-Fatihah kepada semua mangsa yang berugama Islam....
98. Saya sifatkan tragedi hilangnya MH370 merupakan sebuah kes penipuan
bertaraf antarabangsa dan kelas A. Kerana ia melibatkan satu dunia dan
lebih 26 negara yang terlibat dalam misi SAR. Untuk pendedahan mengenai
siapa yang bayar kos SAR yang melebihi USD 600 juta, saya dah jawab
dalam artikel ini dan ini,
dan untuk makluman, kesemua yang berdiri dalam sidang media setiap hari
itu menerima bayaran bukannya berdiri percuma tanpa ada habuan. Kerana
itu, tragedi MH370 dikelola oleh Dato Seri Hishamuddin dan tragedi Sulu
juga bawah kelolaan dia. Kerana, dia antara Menteri yang berani bersuara
dalam keadaan tenang di saat orang lain cemas.
99. Perang teknologi, perang kepercayaan, perang harta dan kekuasaan
serta perang strategi atau perang saraf ini masih berterusan antara
kuasa besar dunia, US, Russia, China dan kesemua blok kecil yang
menyokong paksi mereka, termasuk Blok Zionis - US, blok komunis-syiah
dan juga blok negara kelas ketiga atau berkecuali. Semoga dengan
terungkainya misteri MH370 ini akan membuatkan anda semua celik mata,
apa sebenarnya yang terjadi di depan mata kita dan haruslah bagi kita
bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan. Saya sifatkan, pemergian
Dato Seri Najib Tun Razak ke China baru-baru ini sebagai satu misi
membayar semula kerugian pihak China yang ditangung dalam hilangnya
MH370. Rujuk video ini.
Saya juga menyifatkan kedatangan Obomba ke negara kita baru-baru ini
dan ke beberapa lagi negara yang berpihak kepada US adalah satu jalan
untuk US memberi habuan kepada semua penyokong setianya dan semua yang
telah mengikut telunjuknya. Sila rujuk artikel ini.
Selain Malaysia, Obomba telah ke Filipina dan juga Jepun. Selain itu,
di Vietnam juga telah bersuara banyak isu yang berkait hal anti-China.
Hal ini amat jelas, bahawa Vietnam telah menerima dana yang amat besar
dalam sosio-ekonomi dan teknologi mereka daripada US sekaligus
menjadikan Vietnam sebuah negara yang lantang berani bersuara melawan
China.
100. Untuk makluman terakhir, ini adalah artikel TERAKHIR saya berkenaan
MH370 dan saya TIDAK akan lagi menulis tentang MH370. Saya telah
berhenti mencari dan menemui jawapan berkenaan MH370 pada tarikh 27 Mac
2014 dimana anda boleh rujuk artikel ini
sebagai bukti yang saya tulis sehari setelah hari terakhir saya menemui
jawapan yang pasti. Ada banyak sebab mengapa saya tidak menulis lebih
awal mengenai hal ini atas sebab-sebab tertentu, maka saya juga harus
melengahkan masa demi keselamatan dan privacy saya serta ahli keluarga dan juga team members kami.
Saya berharap dengan terbitnya artikel ini dapat memberi satu gambaran
baru tentang MH370 kepada dunia dan anda semua dapat mengetahui yang
mana benar dan yang mana salah. Seandainya artikel ini banyak salah
silapnya, saya memohon jutaan kemaafan kerana itu datangnya daripada
kelemahan diri saya sendiri dalam menganalisa maklumat. Sekiranya
artikel ini banyak yang tepatnya, maka kenanglah saya dalam doa kalian
dan ingatlah nama saya sehingga bila-bila dan ketahuilah bahawa kesemua
itu hanyalah kebetulan sahaja.
Sebagai konklusi, maka artikel ini adalah konklusi kepada misteri ini
dan pencarian MH370 sudahpun berakhir. Hanya menanti masa dan waktu yang
sesuai untuk mendapat jawapan daripada pihak kerajaan dan media serta
Boeing dan Rolls-Royce. Untuk itu, kita semua yang masih hidup ini,
ayuhlah sama-sama kita membina masa depan yang lebih cerah agar tidak
lagi dipermainkan seperti ini. Jangan tangguhkan dan lengahkan. Hidup
perlu diteruskan, dan segala persiapan untuk bekal kita ke akhirat harus
diperkemaskan. Siapa sangka, ajal kita berada sejenak dihadapan??
Seperti hilangnya MH370 secara misterius, begitu juga mati bagi kita
semua, juga menjadi tanda tanya, bilakah aku akan mati? Sudahpasti
setiap daripada kita mahu ke syurga. Maka, sementara masih ada masa,
ayuh sama-sama tambahkan amal dan tingkatkan ibadah kita supaya kelak di
Mahsyar kita ada jawapan dihadapan ALLAH atas perbuatan baik kita di
dunia.
Jauhkanlah umpat mengumpat, keji mengkeji, memakan rasuah, memakan
perkara haram dan menganiaya orang lain. Ayuh, banyakkan membaca surah
Al-Kahfi dan bersiap sedialah menghadapai hari akhir zaman dan peristiwa
dahsyat yang akan berlaku nanti. Bersiap sedialah, agar kita semua
dapat dijauhkan daripada fitnah akhir zaman. Jangan lupa baca doa
mengelak fitnah setiap kali lepas solat. Doanya boleh dibaca disini. InsyaALLAH, moga kita semua termasuk dalam kalangan orang-orang yang selamat daripada fitnah Dajjal iaitu fitnah yang menipu.
Semoga artikel ini bermanfaat buat semua !
Penutup
Saya amat berharap dengan terbitnya artikel ini, anda semua mendapat
jawapan dan keluar daripada belenggu misteri serta tipu daya yang sering
dimainkan di media arus semasa. Saya juga amat berharap ada pihak yang
tampil menjelaskan kepada dunia tentang hilangnya MH370 ini, mengapa,
bagaimana dan apakah sebabnya. Hal ini penting kerana di dalam pesawat
tersebut ada lebih 200 nyawa penumpang yang tidak bersalah. Mereka semua
menjadi mangsa keadaan dan juga ahli keluarga mereka sudah pasti
menangisi hal tersebut.
Saya berasa amat simpati dengan kesemua penumpang yang pergi dan juga
ahli keluarga mereka. Dengan ini saya mengucapkan Salam Takziah buat
kesemua ahli keluarga, semoga anda dan kalian bersabar serta tabah
dengan apa yang telah terjadi. Saya berharap anda semua dapat
menerimanya dan memaafkan apa yang telah terjadi.
Saya memohon berjuta-juta kemaafan kepada para ahli keluarga mangsa yang
terlibat terutama ahli keluarga Kapten Zaharie, sekiranya ada salah
silap dan terkasar bahasa, harap diampunkan. Sekiranya analisa saya
salah dan silap, harap jua dimaafkan. Sekiranya tiba-tiba ada ahli
keluarga anda pulang ke pangkuan anda, bersyukurlah dan abaikan artikel
ini.
Saya juga berharap kesemua pembaca agar dapat memperpanjangkan artikel
ini kepada semua kenalan anda. Jangan kerana sudah lebih 80 hari kita
pun melupakan apa yang terjadi dengan MH370. Jangan lupakan nasib mereka
sehingga ada jawapan yang pasti dari pihak berwajib. Segala jasa baik
anda semua amatlah saya hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Apapun, sekiranya tiba-tiba pihak berwajib menyatakan informasi yang
lain daripada apa yang saya sampaikan, anggaplah bahawa analisa saya
lemah dan saya silap dalam menulis dan menganalisa. Sekiranya ia
benar-benar terjadi dan tepat, maka itu adalah kebetulan dan ingat serta
kenanglah nama saya sebagai sebuah sejarah negara.
Saya berterima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam misi mencari
dan menyelamat MH370 serta kesemua pihak media baik arus semasa dan
perdana waima media sosial dan blogger. Saya juga berterima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam memberikan saya 'laluan khusus' dalam
apa jua gerakan saya sepanjang awal-awal MH370 hilang dahulu.
Sekian penulisan saya, insyaALLAH artikel seterusnya adalah mengenai
Pulau Nangka yang akan ditulis minggu hadapan. Nantikan pendedahan saya
mengenai isu yang sudah dilupakan itu. InsyaALLAH, dilain waktu kita
akan bertemu lagi dan saya tidak akan berhenti menulis. Ini hanya
artikel terakhir saya berkenaan MH370 bukan artikel terakhir dalam
kerjaya saya.
Terima kasih kepada semua pembaca yang sudah membaca artikel ini dan menyebarkannya!
"Sesungguhnya kebenaran itu tetap akan tertegak jua, itu janji ALLAH dan ianya PASTI !"
Sekian.
******************
Jutaan Terima Kasih dan Kredit sepenuhnya diberikan kepada,
1. Kesemua team members saya.
2. Perguruan Tuk Kenali dan Ahlul Bait.
3. Shah Paskal and crew.
4. MiM Bersatu yang terlibat pada awalnya.
5. Rakan-rakan pengkaji.
6. Rakan-rakan konspirator.
7. Informer dalam.
8. Informer MAS.
9. Informer tentera dan risik.
10. Informer media.
11. Sinar Harian.
12. Harian Metro.
13. Utusan.
14. Berita Harian.
15. The Malaysian Insider.
16. The Malay Mail.co.uk
17. Kesemua media semasa yang tak dapat saya senaraikan disini.
18. Kesemua media sosial yang tak dapat saya senaraikan disini.
19. Kesemua geng scanner.
20. Kesemua informer.
21. Kesemua pembaca setia blog ini.
22. Kesemua peminat setia bradokapak.
23. Kesemua yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat kepada saya.
24. Kesemua haters yang banyak memberi pengajaran erti sabar kepada saya.
Dan juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menyiapkan artikel ini serta artikel-artikel terdahulu.
JazakALLAHu Khairan Katsira. Toche, Shukriya, Thank You, Terima Kasih.
************************
Artikel berkaitan MH370 yang ditulis oleh Brado Kapak.
Saya amat percaya, sekiranya anda semua telah membaca kesemua artikel di
atas ini dengan teliti, maka anda akan mudah memahami konklusi cerita
yang saya bentangkan dalam artikel bernombor 9.
Harap anda semua dapat membacanya dan berkongsi artikel ini kepada yang belum membacanya :)